Cipta Mi Segera Organik Bebas Bahan Kimia Pertama Di Malaysia


Hebat Anak Muda, Berjaya Cipta Mi Segera Organik Bebas Bahan Kimia Pertama Di Malaysia

Disebabkan itulah seorang pemuda terpanggil untuk menginovasi makanan segera ini dengan menjadikannya lebih berkhasiat. Mi segera yang diilhamkan oleh Mohammad Ilias @ ilyas Zulkiffli itu nyata diperbuat tanpa bahan kimia, lilin dan Monosodium Glutamat (MSG) .
Gambar : Ilyas Zulkiffli
Menurut Ilias ketika dihubungi Siakap Keli, mi segera yang dihasilkannya ini menggunakan teknologi kismis dan kurma.

Tercetus Idea Untuk Berniaga Dari Desakan Hidup Sehari-Hari

Ilias mengatakan bahawa beliau adalah anak sulung dari enam adik beradik. Sebelum ini beliau pernah melanjutkan pelajaran di UiTM Machang setelah mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan SPM.
Kesukarannya dan ibu (ibu tunggal) untuk menyara dan menampung perbelanjaan harian membuatkan beliau bertungkus-lumus untuk mencari wang. Oleh itu beliau cuba nasib dalam dunia perniagaan dan berharap untuk menampilkan kelainan dalam produk yang bakal dihasilkannya.
Gambar : Ilyas Zulkiffli
Lalu beliau terfikir untuk ‘menambahbaik resepi’ mi segera yang lebih sihat untuk masyarakat. Selain itu, beliau yakin jika menampilkan sesuatu yang berbeza dan luar dari kotak, pastinya ia akan menarik minta ramai orang untuk mencubanya.
Dan terhasillah mi keluaran syarikatnya yang bebas dari bahan terlarang, wax (lilin) , benzoyl peroxide (peluntur) , pewarna tiruan , bahan pengawet dan sebagainya.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Bak kata orang, kalau nak hidup senang mestilah berusaha. Ternyata percubaan Ilias berjaya apabila mi segera keluarannya mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Lebih membanggakan apabila orang ramai turut memberi sokongan padu pada produk berkenaan.
Di akhir perbualan, Ilias berpesan kepada masyarakat di luar sana terutamanya anak-anak muda supaya jangan takut untuk menceburkan diri dalam dunia bisnes. Untuk berjaya, seseorang itu perlu berdepan dengan risiko dan jangan sesekali putus semangat. Malah ambil kata-kata negatif sebagai batu loncatan untuk pergi lebih jauh.

Sumber :
Fildza, / 
Ilias Zulkiffli

Post a Comment

Copyright © MuslimPreneursTV. Designed by OddThemes